ImaNiAiSyah

Sunday 27 January 2013

Nota Cinta

Sungguh aku tewas.. Tewas pada panahan asmaramu.. Pandangan pertama kusimpan sampai hari ini.. Bangunan Ghazali menjadi saksi pertemuan kita.. Ketika itu, tidakku menyangka kau akan seperti itu.. Daku mengenalimu melalui seorang kawan.. Permulaanya sungguh tragis kerana sudah tiga kali daku mengambil nombor telefon bimbitmu namun ketiga-tiganya hilang entah kemana. Dan akhirnya percubaan kali keempat baru kuberjaya menyimpan nombormu. Hatiku mula terdetik.. Betapa susahnya untuk menghubungimu.. Tpi akhirnya kita berjumpa seperti yang dijanjikan.. Terpana daku seketika melihatmu.. Berbicara dengan penuh nada bersahaja namun masih terlihat akan dirimu yang sebenarnya romantica de amour.. Hatiku terhibur melihat dirimu namun kupendamkan sahaja perasaan ingin mengenalimu.. Mungkin kerana pesanan kakakku terngiang-ngiang ditelinga.. "Jangan sesekali berhubungan dengan senior!" Kerana kisah silamnya membuatkan dia tidak ingin melihat diriku menjadi sepertinya.. Lalu,kubiarkan sahaja hati ini menyepi.. Kalimah pertama yang kau ucapkan padaku masih segar dalam ingatan. "Hmmm...Nak saya tolong angkatkan barang?" walaupun bersahaja namun mampu mengetarkn jiwaku lantas membuatkan daku terpaksa menolak pertolonganmu. Daku sebenarnya takut! Takut sekiranya pertolongan itu membuatkn daku terpaku sendirian sambil mata ini hanya tercantap melihat dirimu.. Membayangkan adakah dirimu juga merasakan apa yang kurasakan pada saat itu.. Dengan suara yang tegas daku menjawab, "Tak pe, saya boleh angkat sendiri." Daku mengeluh geram kerana jawapanku sungguh menghampakan diriku.. Dengan perlahan akhirnya kau tinggalkan daku sendirian lalu pulang ke kereta kerana waktu itu kau tidak berapa sihat.. Melihat kau pergi membuatkan daku jadi serba salah lantas daku menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbitmu.. Ingin sahaja kuucapkan kata cinta pada ketika itu namun kerana teringat akan kata-kata kakakku maka hanya pertanyaan khabar yang dititipkan buatmu.. Oh sayangku, ini hanya permulaan perkenalan kita namun siapa dapat menyangka ianya akan kekal sehingga hari ini.. Namun, hanya satu perkara yang ingin kusampaikan.. Terima kasih sudi hadir dalam hidupku.. Thanks my love.. You're the one, first and last in my heart.. I always wanna be with you..

Sunday 13 January 2013

Hatiku menangis lagi...

Tidak kutahu apa salahku?? Salahkah daku?? Kenapa harus air mata ini mengalir lagi?? Mengapa tiada kenangan yang indah menjelma dan membawa semua kenangan pahit serta tangisan ini pergi?? Mengapa daku menangis lagi?? Mengapa?? Mungkin salahku.. Tidak tahu menenangkanmu tatkala dirimu resah.. Tidak tahu apakah bait kata yang harus diucapkan untuk membuatkan dirimu tersenyum semula.. Yang pasti, daku akan terdiam.. Diam kerana takut bait kata selepas ini mungkin bukanlah menenangkanmu malahan mengguris jiwa dan perasaanmu.. Maafkan diriku yang serba kekurangan.. Kerana hidupku tidak pernah berteman, daku tidak tahu cara memujuk melainkan pujukan untuk adik-adikku.. Kerana hidupku cuma ada aku, keluargaku serta buku.. Itu yang menyebabkan daku senantiasa bersendirian.. Tiada teman bergurau.. Tiada teman bercerita.. Tiada teman berkongsi rasa.. Kerana itu semuanya disimpan sebagai rahsia diri.. Cukuplah kenangan zaman kecilku mengguris hati, kenangan zaman remajaku membawa sepi.. Daku tidak tahu apa itu berkongsi sayang walaupun diri ini puas mencuba untuk berkongsi sesuatu dengan semua namun akhirnya diri ini yang terseksa.. Yang pasti.. Daku akan terus tersenyum dan menjadi orang yang paling bahagia dihadapan mereka walaupun diri ini sengsara.. Daku akan cuba sedaya upaya membuatkan mereka senang bersamaku.. Tapi.. Hatiku menangis lagi.. Bukan kerana mereka tapi kerana diriku.. Bilakah kau akan datang padaku dan membawa kedukaan hatiku pergi?? Sampai bilakah harus daku bertahan seperti ini?? Ingin sahaja kuceritakan semua pada ibubapaku namun ini bukan membantu malah membuatkan mereka resah.. Daku tidak mahu melihat semua itu.. Cukuplah segala yang mereka lalui.. Dan pada ketika ini, akhirnya daku bersendirian.. Ya, bersendirian bersama tangisan.. Bukan kerana daku lemah.. Tapi kerana ingin mencari kekuatan untuk meneruskan hidupku yang sentiasa diuji.. Wahai sayangku.. Maafkan daku kerana tidak dapat mengotakan janji.. Hari ini, tangisanku mengalir lagi.. Maafkan diriku.. Sayang..

Naluri jiwa seorang yang bergelar hambaNya

Astaghfirullahalazim... Maha suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. Selembarnya tikar sejadah dihamparkan daku terduduk sayu.. Mengapakah kekosongan hati ini meruntun kembali?? Apakah yang terjadi sehinggakan ianya muncul semula?? Sepertinye daku telah melupakanNya namun saban hari daku berdoa memohon tarbiyahNya.. Ya Allah, daku redha air mata ini mengalir lagi.. Kerana ketika itu daku merasakan cintaMu yang sangat agung.. Kuredha juga menerima ujianMu namun janganlah Kau biarkan daku terkapai mencari arah destinasi kerana destinasiku hanya untukMu.. Ya Allah, ampunilah daku.. Ampunilah segala dosaku.. Pasanganku.. Ibu bapaku.. Keluargaku.. Sahabat serta rakanku.. Seluruh umat Islam.. Jangan biarkan kami tanpa hidayahMu.. Daku takut menjalani hari-hari mendatang tanpaMu.. Takut.. Takut.. Takut.. Ya Allah.. Rawatlah jiwaku ini.. Bantulah hati ini yang selalu resah memikirkan masa akan datang.. Tunjukkan jalanMu agar daku berasa yakin untuk menempuhinya.. Datangkan dia untukku supaya daku sentiasa kuat.. Mungkin kerana harapan terlalu tinggi lalu banyak hal yang daku fikirkan sebelum memulakan langkah.. Ya Allah, sambutlah daku sekiranya daku terjatuh kerana tiada pertolongan terbaik selainNya.. Ya Allah.. Bagaimanakah masa depanku nanti?? Adakah perkara yang daku ingin lakukan dapat dilaksanakan?? Hatiku bercelaru.. Hatiku sakit.. Hatiku meruntun pilu & sayu.. Hatiku perlukanMu.. Perlukan seseorang untuk mendengar.. Memberi kekuatan serta nasihat.. Terlintas jua pada dia disana namun kekangan menjelma membuatkan daku akhirnya memilihMu untuk bercerita.. Berkongsi.. Ya Allah.. Ku bersyukur padaMu kerana hadirnya dia keranaMu.. Walau jauh namun kata-katanya kujadikan penguat semangat untuk menjalani hari-hari mendatang.. Syukur juga kerana ujian ini mendekatkan daku denganMu serta dia.. Terima kasih juga kerana hadirkan dia.. Tidak bisa untukku mencari pengganti kerana hanya kau yang bertakhta dihati

Friday 11 January 2013

There's no reason for love

Pernahkah anda menyangka orang yang selama ini tidak pernah bercinta boleh bercinta?? Pernahkah anda menyangka bahawa pasangan anda adalah pilihan anda?? Pernahkah anda menyangka tatkala anda sering berselisih pendapat dengannya namun ada satu bingkisan cinta menular dalam diri anda?? Subhanallah.. Itulah kuasa cinta dari Yang Maha Esa.. Sungguhpun luar biasa bagi kita sangatlah bisa bagiNya.. Yes!! There's no reason for love!! Hati ini sangatlah suci dan merupakan organ dalaman yang sangat penting bagi manusia tambahan sebagai insan yang bergelar hambaNya. Hal ini kerana disitulah letaknya satu elemen yang bernama 'iman'. "Iman adalah mutiara, didalam hati manusia.. Yang meyakini, Allah.. Maha Esa, Maha Kuasa.." Ternyata lirik lagu dari kumpulan Raihan sangatlah memberi makna yang besar sekiranya dihayati bait-bait katanya.. Oleh itu, sebagai insan kita tidak akan lari dari yang namanya 'cinta' kerana ianya satu naluri semulajadi dalam diri kita. Kerana itu, pabila hati sudah mula terdetik kita tidak dapat menghentikannya atau menafikannya melainkan membiarkan serta menjaga cinta itu dengan sebaik mungkin. Makanya, perlukah lagi sebab untuk bercinta pabila hati yang tulus ini luluh kerana dia?? Who?? How?? When?? Where?? Why?? Semua persoalan itu pasti akan ditanya sekiranya kita menyatakan perasaan kita namun salahkah kita sekiranya cinta ini datang tanpa sebarang sebab musabab yang munasabah?? Yang pasti, daku percaya sekiranya dia adalah pilihanNya maka dia pasti milikku.. Kerana itu, daku sentiasa menunggu.. Tetap menunggu hanya dikau sayangku.. Kerana tiada sebab untukku mencintaimu sedangkan dirimu adalah anugerah dariNya buatku. Sesungguhnya daku sangat gembira menjalani hari-hari mendatang bersamamu kerana disitu terukir kisah-kisah indah antara kita.. Kerana dirimu begitu berharga, daku takut kehilanganmu.. Maka hanya doa kupohon moga dirimu senantiasa bersamaku.. Menjadi imamku.. Membimbingku.. Menasihatiku.. Menghiburkan hatiku.. Kaulah sahabat.. Kaulah teman hidup.. Kaulah kekasih hatiku.. Dulu, kini dan insyaallah selamanya.. <3

Wednesday 9 January 2013

Selamat Pagi Cinta

Assalamualaikum cinta..

Subhanallah.. Bumi yg kusangka gersang berpasir dihiasi indah dengan salju putih yang cukup memikat hati.. Hmm.. Tiba-tiba daku teringat akan sesuatu yang amat berharga ibarat salju putih ini.. Sungguh, penantian selama 3 tahun akhirnya berakhir dengan sebuah kenangan dingin namun akhirnya mencair didalam hati lalu bertukar menjadi rindu lalu dibawa arus menuju persada cinta. Begitulah kisah cinta salju.. Kedinginan yang dibawa salju putih bertukar satu persatu lalu cair dan dibawa arus menuju satu destinasi.. Dimanakah ia?? Mungkin di pantai? Atau mungkin di tasik? Atau mungkinkah ada destinasi lain selain itu?? Siapa yang dapat menyangka kedinginan yang dibawanya boleh memberi manfaat yang begitu besar bagi tanah yang gersang.. Ya, gersang dengan kasih yang dinantikan selama ini.. Namun, daku mengerti hari ini tentang betapa bukan masa yang menjadi tanda tanya tapi soal hati yang harus dijaga.. Kerana itu, daku sentiasa berharap agar hatiku senantiasa untukmu sayang.. Sentiasa menanti dan terus menanti kehadiranmu dengan sabar.. Kerana sayangku akan datang membawa sesuatu yang amat berharga buat diriku.. Apakah dia?? Hmm... Hati.. Kasih sayang.. Cinta.. Semuanya akan menjadi satu apabila kita bersatu.. Insyaallah.. Daku sentiasa menunggu.. Oleh itu, ketika ini hnya doa dan kata-kata semangat yang dapat kuberikan.. Hope that u'll be a great person when u wanna come to me.. Come to lay down for me.. Just for me my love.. <3

Salju Astana Cinta

Salju astana cinta,
Bagaikan awan diudara,
Putihnya dikau menghiasi astana cinta,
Membawa seribu harapan dan cita,
Pada insan yang mnanti setia..

Salju astana cinta,
Kulukiskan sebuah cerita,
Antara aku dan dia,
Yang berpisah buat sementara,
Dengan harapan untuk bersama..

Salju astana cinta,
Ingin kulafazkan bait-bait cinta,
Ingin kuhiasi cintamu dengan asmara,
Ingin kudakap dirimu sentiasa,
Ingin kupenuhi hatimu dengan cinta..




Pejamkan matamu sayang..

Satu soalan yang menerpa dihatiku.. Mengapakah daku memejamkn mataku tatkala diri ini sedang berhadapan denganmu?? Mungkinkah daku malu kerana kau yang pertama dihatiku?? Mungkinkah daku ingin mengelakkan diri darimu kerana panahan matamu sangatlah menusuk kalbu sehinggakan daku terus layu dalam dakapanmu?? Atau mungkinkah daku berharap suatu saat kau adalah milikku sehinggakan ingin saja kuberada di alam fantasi dan tidak ingin berada di alam realiti?? Smua persoalan menerpa diriku membuatkan daku terfikir buat beberapa kali.. Ingin saja kutahu jawapannya namun bagaimana harus kutemui jawapannya?? Adakah ini yang dikatakan walau kau milikku namun kau hanyalah pinjaman dariNya?? Hmm.. Hari ini, soalan ini menerjah hatiku yg sedang sarat dengan kesejukan salji yang memutih.. Wahai sayang, daku tidak mampu menjawab semua persoalan itu sehinggakah kau benar-benar muncul dalam hidupku.. Kerana akanku berikan segalanya untukmu.. Hanya untukmu sayang.. Wahai mata, pejamkanlah dirimu kerana hari esok akan datang episod baru yang bakal memberi inspirasi dalam hidupmu.. Kaulah inspirasi hatiku.. Kaulah ilhamku.. Sayang.. Selamat malam cinta.. <3 data-blogger-escaped-br="">

Tuesday 8 January 2013

Seputih salju.. Inginku terbang bersamamu..

Subhanallah...

Buat sekian lama tidak kunukilkn titipan hatiku.. Hari ini, air mataku berlinang tatkala daku mngerjakan solat dhuha. Bukan niat utk riak@sbgainya namun ini hanyalah perasaan yg ingin dkongsi bsama. Subhanallah.. Maha Suci Allah yg mletakkn prasaan sayu tatkala hujan fros serta sajlu putih membanjiri bumi jordan yg mmberi impak besar dalam diriku.. Sayunya bukan seperti biasa namun luar biasa.. Anehkn? Daku tidak tahu betapa Allah telah bnyk mngajarku tentg erti 'la tahzan, innallaha ma'ana'.. Namun yg pasti, stiap kali air mata ini berlinangan maka akan ada satu impak dlm diri.. Seperti rama2 yang ingin kluar dari kepompongnya untuk melihat dunia yang fana ini.. Namun sakitnya yg perlu dilalui sangatlah perit.. Begitu juga yang berlaku pada diriku.. Hari ini, air mata ini berlinangan lagi.. Betapa kesabaran hati diperlukan dalam mlayari bahtera ujian yg akan membawa rahmat pdku insyaallah.. Daku sentiasa berharap Allah merahmati perasaan ini dan mnjaganya disana.. Betapa rndunya hati ini namun hnya doa dptku kirim.. Betapa daku ingin berlari setiap kali menerima panggilannmu namun hnya snyuman yg terukir dbibir.. Betapa jiwaku meruntun sepi tatkala hnya potret yg mnemani.. Namun daku bsyukur kerana Allah pertemukan kita setelah daku mngenaliNya.. Maka daku sntiasa berusaha mengorak langkah menuju jalanNya bersamamu.. Kerana impianku terlalu besar maka ada yg mngatakan daku suka berimaginasi. Kerana impianku terlalu tinggi maka ada yg mnasihatiku sblum kujatuh tsungkur dbumi.. Kerana kasihku hnya padamu maka ada yg ketawa dan mnunggu berapa lamakah ia akn btahan.. Namun.. Yg pasti.. Cintaku pdNya hanyalah satu.. Maka cintaku hnya satu.. Kerana hati manusia yg bgelar insan cuma satu..