ImaNiAiSyah

Saturday 10 August 2013

Soal Hati

Alhamdulillah..  daku dapat melalui ramadan dengan tenang walau hati ini bagai ribut taufan melanda. Ya Allah.. Ingin saja daku pergi jauh dari semua ini namun apakan daya untukku melawan takdirmu.. Masih adakah bahagia untukku diluar sana? Haruskah daku menunggu dan terus menunggu sehingga ianya muncul padaku? Adakah kebahagiaan yang akan daku nikmati berkekalan? Jawapannya sudah tentu tidak.. Namun daku sentiasa berharap kebahagiaan itu datang membawa kesunyian ini.. Hanya bersamaMu ya Allah hati ini tidak merasa sunyi.. Namun daku iri hati melihat sang insan begembira. Ya Allah.. Ampunilah daku atas sikap kurang bersyukur ini namun daku juga hambaMu. Dambakan kasih sayang.. Dambakan belaian.. Hati ini sentiasa berbisik tidakkah Allah cukup bagiku sehinggakan mendambakan kasih manusia? Namun kerana daku juga insan biasa.. Jadi dambaan itu sentiasa berbunga di dalam hati. Menunggu dan terus menunggu.. Menangis seorang diri dalam kegelapan malam.. Mengubati hati dengan ibadat padaMu Ya Allah.. Hanya itu yang daku mampu lakukan. Ingin sahaja bersama denganmu sentiasa namun apakan daya.. Dirimu disana juga punya sesuatu untuk dilaksanakan.. Walau diri ini hanya dapat menanti dan terus menanti.. In sha Allah.. moga sabar ini memberi keindahan yang dapat mengubati kesunyian ini.. Hanya yang pernah merasai kesunyian memahami perasaan ini. Kesunyian ini bagai hanya ada dirimu didunia.. Bagai dirimu tidak dihargai.. Tidak diperlukan.. Namun sekiranya ianya hasutan dari syaitan.. Langkah terbaik adalah dekatkan diri padaNya.. Kerana dialah sebaik pengharapan.. Maaf daku tidak sanggup mengatakan bahawa daku juga kesunyian keranamu sayang.. kerana itu akan membuatkan dirimu terluka. Jadi baiklah daku yang terluka sendiri.. Dari dirimu yang terluka.. Hatiku sentiasa mengingati dirimu sayang.. kerana itu daku persoalkan hati ini.. haruskah daku menjadi selemah ini? Sungguh hatiku sentiasa untukmu.. maka itu dengan itu daku sentiasa tabahkan hati.. melalui semua kesedihan ini.. segala persoalan ini akan terjawab saat kita bertemu.. pasti.. terjawab..