ImaNiAiSyah

Friday 14 February 2014

Kiranya kau seorang srikandi

"Sakinah,ayuh pergi?" Aisyah berkata. "Ke mana? Best ke?" Sahut Sakinah. "Insyaallah, best sgt. You'll see it & you gonna love it too." Aisyah menjawab. "But where, my dear?" Sakinah bertnya..
Sebagai manusia, kita seringkali menginginkn sesuatu yg kita jangkakan dan inginkan (beyond your expectation)tapi adakah semua jangkaan itu memberi natijah yang baik buat kita?? Mengapa tidak kita meletakkan semua jangkaan kita pada Allah, sebaik pemberi rahmat? Namun semua ini bukan bererti kita berputus asa sepenuhnya tapi, menginginkan sesuatu yang terbaik dariNya. Hanya pdNya.. Hanya denganNya..
اذ اوى الفتية الى الكهف فقالوا ربنا اءاتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من امرنا رشدا
'(ingtlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dlm gua lalu berdo'a, "Ya Tuhan kmi, beriknlh rahmat kpd kmi dri sisiMu dan sempurnaknlh petunjuk yg lurus bgi kmi dlm urusn kami"
Rahmat, rezeki yang diberkati, keluarga yang bahagia dan sebagainya adalah dari Allah. Kita hnya insan biasa yang saban hari melakukan kesilapan. Permasalahannya, ramai teman kita melakukan sesuatu yang hanya di dalam jangkaan mereka tanpa memikirkan tentang apakah natijahnya di hari kelak?? Apakah akan terbitnya penyesalan? Yet, you still have a lingering feeling in your heart about what have you done. What's the point? Coz you've done it so much and can't turn it back.
Learning from nature,butterfly for example. Can you imagine how hard time they have to become truly beautiful and smashing through the air?? They've to wait for a long period time and when the time is coming, they have to try harder to attain the achievement?? Jadinya, marilah kita sama-sama fikirkan. Kerana berfikir itu satu ibadah yang dapat melancarkan darah di dalam tubuh badan manusia.
Wallahu a'lam..

Luahan Hati

Allahumma balligna ramadhan.. genap tahun nie sudah tahun keempt di perantauan. Sungguh saat terakhir disini sangatla perit. Namun terima kasih buatmu yang sentiasa sudi bersamaku. Mendengar luahan hatiku.. Ops!! Hari ini satu permintaan darimu sangatla membuatkan daku kaku untuk seketika. Hati ini bagaikan terawang-awang di udara. Harus bagaimana untukku menyatakan hasrat hati ini?? Lantaran luahan hati yang ditunggu-tunggu makin membuatkan daku resah dan gelisah. Bukan daku tidak ingin menyatakan segalanya padamu namun setiap kali ingin kucuba untuk berkata-kata, mulutku kaku bagai 'statue' di ruang pameran galeri. Hati ini bagai ada 'time bomb', menunggu masa untuk meletup. Sudah banyak 'attemption' dibuat namun masih hati ini tidak dapat meluahkan segala yang terbuku dihati. Subhanallah.. Hanya Allah saja yang menjadi saksi hatiku sentiasa menyebut namamu, berdoa hanya kaulah jodohku.. Moga kita akan disatukan dengan rahmat serta redhaNya.. Kaulah yang pertama.. dan yang terakhir.. sentiasa bertakhta di hati buat selamanya.. sentiasa bermain di hati dan di jiwa. Kaulah teman..sahabat..kekasih pertama dan terakhir.. Oh luahan hati.. berbisikla agar dirinya mendengar segala luahan hati ini.. yang sedang merindu saat bersamanya.. Ya Allah.. satukanlah kami dalam kasih sayangMu.. RahmatMu.. TarbiyahMu.. Amin ya rabb



CiTy Of LoVe RoMe ITaLY


JouRNeY To RoMe

   
  Rome merupakan sebuah kota cinta bagi para cintavista kerana kesinambungan kisah cinta romeo dan juliet yang menjadi idaman para pasangan kekasih. Bandar yang menjadi salah satu bandar tertua di dunia yang masih lagi mengekalkan keindahan seni bina yang unik dan memukau pandangan para pengunjung. 



      Melihat keindahan serta kehijauan daunan yang menghiasi kota Rome ini pastinya membuatkan anda terpegun dan ingin kembali semula ke Kota Cinta atau 'City Of Love' ini. Kota yang sangat sibuk dengan pengunjung dari seluruh dunia ini bukan sahaja menjadi dambaan dan impian setiap pasangan samada ingin  melangsungkan hari bahagia atau merealisasikan percutian bulan madu anda kerana Kota Rome ini memberikan satu kenikmatan perjalanan berdua bagi setiap pasangan disamping memberikan anda dan pasangan anda pengalaman untuk mempelajari sejarah, budaya serta menikmati pemandangan Kota Rome ini. Dengan panorama Kota Rome ini saja sudah cukup membuatkan anda dan pasangan anda semakin intim. Maka tidak dapat dinafikan lagi Kota Rome ini merupakan Kota Cinta atau 'City of Love' yang mampu menghangatkan lagi cinta asmara bagi pasangan yang hangat bercinta. 

       Antara destinasi yang harus anda lawati ialah :-

1. Via Marsala
2. Santa Maria Maggiore
3. Colloseo
4. Circo Massimo
5. Piazza Venezia
6. Vatticano
7. Piazza Augusto Imperatore
8. Via Ludovini
9. Piazza Berberini





Sungguh cantik mempersona apabila melihat langit
biru yang menghiasi kota Rome. Dengan seni bina klasik european yang begitu terperinci memberi inspirasi buat penggemar seni terutamanya para arkitek seluruh dunia

















Kota Rome atau 'City Of Love'  yang menjadi impian pasangan yang hangat bercinta untuk bermadu asmara dan merasai pengalaman bersama pasangan anda






























 

Pemandangan panorama malam di Kota Rome pastinya memberi satu detik paling bahagia untuk anda dan pasangan anda serta dapat mengintimkan lagi hubungan anda berdua

Begitulah pengalaman Imani Aisyah mengembara ke bumi Eropah di Italy. Hopefully bingkisan ini dapat membantu cintavista Kota Cinta ini untuk mendapatkan info-info menarik serta dapat merancang perjalanan anda sebelum berkunjung ke 'City of Love' bersama pasangan anda.. ^-^

Thursday 13 February 2014

KeSaN DoUbLE STeMCeLL

  Assalamualaikum  ^-^
 Double Stemcell membekalkan nutrient bagi membantu merangsang pertumbuhan dan pengantian sel sel baru serta pembaikan sel lama ( yang telah rosak/cedera ) dalam darah, organ, kulit dan seluruh anggota badan. Dengan pengambilan teratur setiap hari akan membantu mencegah, merawat serta memperbetulkan masalah/penyakit, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan badan. Manfaatnya akan terserlah pada kulit, wajah dan bentuk badan seseorang. Badan akan sentiasa cergas dan penuh bertenaga untuk menjalani kehidupan harian. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.
 



KEUNIKAN DOUBLE STEM CELL :

- Cara pemakanan yang unik dan mudah diamalkan, terus diserap ke salur darah
- Memenangi Anugerah Europe Innovation 2008 & 2012
- Dapat pengiktirafan GMP, HALAL, SIRIM
- Ada Perlindungan Insurans RM 3 Juta




KANDUNGAN DOUBLE STEM CELL :

1. Stem Cell Epal - Tinggi antioksidan, mempercepatkan dan melindungi pertumbuhan sel2 baru, pemulihan luka.

2. Stem Cell Anggur - Agen anti-penuaan, menguatkan perlindungan dari UV, meningkatkan kekuatan sel kulit

3. Ekstrak Acaiberry - Meningkatkan metabolisma, mengurangkan berat badan, memperbaiki aliran darah, menguatkan jantung, membekalkan tenaga, kaya Vitamin A, B1 & E

4. Ekstrak Blueberry - kaya Vitamin A, C, E, K, tinggi kandungan antioksidan, menyingkirkan toksin & radikal bebas, mengurangkan lemak & kolestrol, meningkatkan sistem imunisasi badan serta membekalkan tenaga


SEBAB MEMILIH DOUBLE STEMCELL?

## Menghilangkan Kedutan, Mencerah & Menggebukan Kulit Seluruh Badan
-Sebatian yang unik (stem cell epal & anggur) serta antioksidan menjadikan kulit lebih muda dan segar. Sel2 ini akan bertindak mengurangkan kedutan pada kulit terutama kulit muka dan mengaktifkan sel-sel kulit badan.

## Perlindungan Dari Cahaya UV Matahari Merbahaya, 30 Kali Lebih Lama
-Bila berdiri di tengah panas, ia sebenarnya melemahkan kulit kita. Bila kulit lemah, ia tidak tahan lama dan menyebabkan kulit semakin banyak berkedut, berjeragat, suram dan tidak sihat. Jadi kita perlu memberikan perlindungan yang sewajarnya agar sinar UV tidak mempercepatkan kerosakan kulit.

## Mengembalikan Tenaga & Stamina
- Acai Berry membantu tubuh mendapatkan kualiti rehat yang lebih baik, agar dapat memulakan hari dengan tubuh badan yang lebih segar pada setiap pagi.

## Melancarkan Perjalanan Darah & Menguatkan Jantung
- Apabila Double stemcell ini memasuki badan, ia memberikan haba yang merangsang kelancaran aliran darah, membekalkan lebih banyak oksigen dan nutrien untuk dibawa ke bahagian otak & badan, sekaligus dapat meningkatkan tenaga, merehatkan dinding saluran darah melalui kesan oksida nitrik yang terdapat di dalamnya di samping meningkatkan daya ingatan dan kejelasan mental.

## Bakar Lemak Dalam Badan dan Merendahkan Kolestrol
- Acaiberry dan Blueberry dapat meningkatkan kadar metabolisme badan, menyingkirkan bahan buangan dan toksin dalam badan.

## Hanya 15 Saat Untuk Diminum! (sesuai bagi wanita sibuk/bekerjaya)
- Hanya perlu guna sepaket sehari. Tak perlu tergopoh-gapah waktu pagi masa bersiap untuk pergi kerja. Masa boleh jimat, dan kecantikan pun terjaga rapi. Keluar rumah dengan penuh keyakinan diri.


Supplement pilihan selebriti Umie Aida, untuk kecergasan, tenaga dan stamina selain memelihara kecantikan kulit, melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kesihatan dalaman..
 
KESAN PENGAMBILAN DOUBLE STEMCELL :

- Mencerah & menggebukan kulit wajah dan badan.
- Membantu mengurangkan kedutan pada kulit
- Menghapuskan jerawat dan parut.
- Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit
- Membantu menjadikan kulit halus, licin dan anjal
- Menghilangkan masalah minyak berlebihan
- Melembapkan dan menganjalkan kulit.
- Meningkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan
- Merangsang badan menghasilkan lebih kolagen
- Membantu menguatkan sendi dan tulang
- Membantu bertindak sebagai anti penuaan
- Agen antioksidan
- Menjaga kesihatan dan jantung
- Mengurangkan risiko kanser & penyakit lain.





Amatlah disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti berikut :

* Gout
* Sakit saraf/sendi dan lenguh2 tulang
* Buasir/sembelit
* Kencing manis
* Darah tinggi
* Lemak darah
* Anemia
* Kulit sensitif
* Sistem penghadaman lemah
* Kerap demam selsema
* Mudah letih dan badan lemah
* Tekanan/stress
* Kolestrol tinggi
* Masalah kulit kronik
* Masalah kewanitaan - keputihan, 'kembali dara'



CARA PENGAMBILAN :

- Tuang 1 sachet ke bawah lidah, kemam 15-20 saat sehingga serbuk cair dan meresap. Minum segelas air suam/masak. Sebaiknya amal masa perut kosong, sebelum sarapan.
- Bagi yang berpenyakit kronik, boleh ambil 2 sachet sehari, pagi dan malam.
- Sesuai untuk lelaki dan wanita, ibu menyusui bayi atau hamil, vegetarian serta kanak2.
- Banyakkan pengambilan air bersih sepanjang hari untuk proses penyingkiran toksin.

JADI?? APA TUNGGU LAGI?? DAPATKAN SEKARANG! DOUBLE STEMCELL DENGAN HARGA RM275 SHJ. PERCUMA 2 BOX DOUBLE STEMCELL DAN KEAHLIAN PERCUMA..KEAHLIAN PERCUMA INI BAKAL MENJADI SATU TITIK PERMULAAN KEPADA BISNEZ SERTA PENJANA PENDAPATAN ANDA!!
PM SEKARANG @ WHATSAPP 016-6146914...


AnDaLuSia.. AKu DaTaNg..


 MaSJiD CoRDoBa Di SePaNYoL


 Pengembaraan di Bumi Sepanyol sungguh mempersonakan. Setiap langkah menuju ke kota sejarawan islam ini menggamit seribu makna dan erti perjuangan para cendekiawan serta para mujahidin Islam yang pernah menakluki empayar kota Sepanyol ini. Kota ini yang pernah melakar sejarah serta melahirkan cendekiawan Islam termasyhur seperti Imam Al-Qurtubi yang amat terkenal serta tidak asing lagi dalam bidang penulisan karya-karya Islam serta Tafsir Al-Quran yang kini diguna pakai oleh institusi-institusi pendidikan Malaysia dan Luar Negara. 


  Melihat sendiri terbinanya Masjid Cordoba atau dalam bahasa Sepanyol 'La-Mezquita of Cordoba' sedikit sebanyak membuatkan kita terpukau akan keindahan seni ukiran yang terdapat pada dinding, tiang seri serta mihrab masjid ini. Malahan suasana di luar kota ini yang sangat mengujakan para pengunjung menjadikan Masjid ini sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke Kota Andalusia ini. 


Masjid yang tersergam indah ini merupakan sebuah masjid yang sangat terkenal pada zaman kegemilangan Umayyah bukan sahaja di Andalusia, bahkan di seluruh Eropah dan merupakan salah satu unsur peradaban Cordoba yang sangat penting kerana masih tetap bertahan hingga sekarang. Namun, sekarang masjid ini dijadikan sebagai katedral atau gereja. Masjid ini mulai dibangunkan oleh Khalifah Abdurrahman ad-Dakhil pada tahun 170 H / 786 M, kemudian diteruskan oleh putranya Hisyam dan khalifah-khalifah selepasnya. Setiap khalifah memberikan sesuatu impak yang baru kepada masjid tersebut, dengan memperluas dan memperindahnya agar menjadi masjid yang paling indah di Cordoba dan masjid terbesar di dunia saat itu. Cordoba pada saat itu juga dikenali sebagai kota ilmu pengetahuan di mana jumlah pengunjung ke perpustakaannya mencapai 400.000 kunjungan sementara perpustakaan-perpustakaan besar di Eropah, jumlah pengunjungnya jarang mencapai angka seribu.

     Pada 15 Disember 1994, Masjid Cordoba ditetapkan oleh UNESCO sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Masjid Cordoba memiliki ruangan untuk solat yang berbentuk panjang yang dikelilingi oleh lapangan terbuka, seperti model masjid-masjid peninggalan Umayyah dan Abbasiah yang dibangun di Syria dan Iraq malahan juga masjid di Madinah dan Mekah.

 




Tiang Seri dengan ukiran yang kemas serta dihiasi dengan lampu malap menaikkan suasana 'curiosity' dan 'authentic' ketika berkunjung ke sana.









Salah satu seni bina yang memukau mata para arkitek dari dalam dan luar negara kerana keunikan ukiran yang sangat teliti mnghiasi segenap dinding Masjid Cordoba.













Dinding serta Mihrab Masjid Cordoba yang masih lagi cantik dengan ukiran kalimah dalam bahasa Arab yang mampu memukau para peminat seni sejarawan Islam untuk mengkaji tentang salah satu binaan yang terpenting dalam sejarah Perkembangan Islam pada Zaman Khalifah.








Tinggalan Artifak Islam di Masjid Cordoba menunjukkan bahawa Islam sudah berabad lama bertapak di bumi Andalusia. Ukiran yang halus lagi tersusun menaikkan 'mode' Islamiah dalam ukiran tersebut







Ruangan Solat yang berbentuk panjang  seakan-akan ruangan solat di Masjid Mekah dan Madinah mampu membuatkan para pencinta Ilahi mengimpikan saat-saat bertandang ke Rumah Allah sebagai tetamuNya..








Pemandangan yang sungguh cantik lagi mempersonakan di luar Masjid Cordoba. Dengan pepohon yang menghijau menyerikan lagi keunikan serta kecantikan Masjid Cordoba ini

















Sesungguhnya pemandangan Masjid Cordoba di bumi Andalusia sangat mengasyikkan serta memukau para pengunjung kerana keunikan seni bina dan menjadi bukti sejarah perkembangan Islam di empayar dunia Eropah. Ini juga membuktkan bahawa Islam juga pernah menakluki dunia Eropah bukan sahaja Andalusia malahan Rome dan sebagainya. Moga info ini mampu membantu anda mengenali kota Cordoba di Andalusia. ^-^

Wednesday 12 February 2014

AuRaWhiTe TaK BerKeSaN


   

AURA WHITE
 Tiada Kesan? Kenapa?

Membazir duit!! Hasilnya Zero!!

Tiada perubahan berlaku!!


  Wah!!gempak tak gempak statement Imani ni .. Haha .. bikin kontroversi .. Silap-silap kena saman dengan HQ nanti .. Sila baca entry ni sampai habis ye.. ;)
  Kenapa minum aurawhite tapi tiada kesan? Rasa tertipu? Rasa membazir? Sememangnya itu fakta SALAH!! (Marah beno nampaknye , haha) Berapa jar dah minum ? 1 jar ? Kalau 1 jar, mesti ada kesan dia .. Yang paling utama adalah proses DETOX .. Apa itu detox ? Baca dalam entry Apa Itu DETOX ? (KLIK)
Dah tahu  dah apa maksudnya ? Dah fahamkan elok-elok .. Ok, sekarang kita proceed kenapa Aurawhite ini tak berkesan pada tubuh badan..
1. Kurang minum air 
- Ambil lah apa jua supplement pun, even dalam kehidupan kita seharian, kita kena minum 3-5 liter air masak setiap hari .. Jangan kurang .. Macam mana nak berkesan kalau tak minum banyak air? Kadar serapan kurang ..

2. Ambil minuman berkafein, kopi & teh
- Yang ni memang langgar pantang .. Tak boleh ambil .. Di khuatiri particle dalam minuman tersebut akn menghapuskan khasiat Aurawhite .. Nak salahkan seller tak bagitahu ? Semua customer Imani, Imani brief tentang ni .. Kalau ambil mana2 supplement pun, inilah basic rule ..

3. Detox
- Pada bulan pertama, Aurawhite akan detox badan dulu .. dalam badan kita banyak toksin .. Jadi, aurawhite akan singkirkan dulu untuk serap khasiat aura .. Sebab tu dinasihatkan maintain 3-5 bulan untuk minum Aurawhite .. Ini bukan sebab seller nak kaut untung ye, ni free consultant kami beri tau .. lain tempat tak dapat nasihat pakar macam ni .. ceh, pakar la sangat .. haha ..

4. Tak ada perubahan, asyik g toilet je untuk buang air kecil@besar
- Ni namanya proses DETOX .. Kebiasaannya bulan pertama minum akan macam ni .. Sampai ada customer Imani dr singapore pi check doktor takut kena kncing manis .. Tapi doktor cakap "it is sort of detox" .. doktor tu suh teruskan .. see, diiktiraf doktor k ..

5. Tak sabar
- Ni kes kronik .. sayang2 semua, nak cantik bukan macam magic tau .. hari ni minum esok dah cantik .. nak minum kena lah sabar .. mana boleh trus cantik je .. huhu ..

Setakat ni, memang result Aura White paling terbaik .. Harga bebaloi, nak-nak sekarang ni dah ada AuraWhite StemCell dan Aurawhite AuraMen .. Kesannya lagi gempak ketara!! JADINYE!! TUNGGU APA LAGI!! DAPATKAN SEKARANG RANGKAIAN PRODUK AURAWHITE!


TERBARU DARI AURAWHITE.. AURAWHITE STEMCELL DAN AURAMEN!! TERLAJAK LARIS..

FROM ZERO TO HERO







Nak gebu macam HANEZ SURAYA DAN IZZUE ISLAM?

 Meh pakat SMS/WHATSAPP Imani
SMS/WHATSAPP


016 - 6146914

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Imani .. Suka ? Donate la .. =)

DeToX..

Apa Itu DETOX ?

Assalamualaikum .. ^_^


Anda punya masalah sembelit, demam, selsema, kelebihan berat badan, selulit, kadar kolesterol darah berlebihan, lesu kronis, penyakit/gangguan kulit, sindrom pramenstruasi, kehilangan gairah seks, penuaan dini, tumor, penyakit-penyakit degeneratif (hipertensi, stroke, penyakit jantung koroner, diabetes, kadar usam urat berlebihan, dll.), serta penyakit-penyakit infeksi yang tak kunjung sembuh? Tahukah anda bahwa akar dari masalah-masalah tersebut adalah kerena adanya timbunan hampas tubuh anda?

TOKSIN bukan hanya hampas dari makanan yang kita makan dan makanan-makanan yang tidak tercerna, tetapi juga bisa berasal dari zat makanan aditif, udara tercemar, bahan kimia seperti pestiside, logam berat dalam air minum, residue ubat-ubatan farmasi, dll. Bahkan fikiran dan emosi negatif juga merupakan racun bagi sel-sel tubuh kita. Semua hampas atau zat yang tidak diperlukan tubuh akan diperlakukan sebagai racun (toksin) atau penyakit. Hampas atau toksin juga diproduksi secara semulajadi oleh tubuh kita sendiri. Ini merupakan proses metabolisma sehingga tidak dapat kita hindari. Setiap hari di dalam tubuh terjadi pembelahan sel-sel baru.

Sementara itu sel-sel yang sudah tua akan mati, dan menjadi hampas. Dalam kondisi normal, hampas akan dikeluarkan secara teratur setiap hari melalui sistem pembuangan tubuh. Buang air besar setiap hari bukan jaminan bahwa proses pembuangan kita normal. Jika salah satu atau beberapa masalah tersebut merupakan keluhan anda, bererti pengeluaran hampas dari tubuh anda belum optimal! Penyakit terjadi apabila proses pembuangan tidak optimal dan toksin mulai merosak jaringan organ-organ vital. Dalam sejumlah hasil penelitian disebutkan kondisi racun berlebihan (toxicity) erat hubungannya dengan penuaan, menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit degeneratif (liver, jantung, diabetes, kanser, dll.), dan menurunkan sistem kekebalan tubuh. Karena itu, racun harus dikeluarkan dari dalam tubuh. Caranya, dengan detoksifikasi (detoks).

Apa itu detoks?

Detoksifikasi (detoks) adalah proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Puasa merupakan salah satu metode efektif detoksifikasi. Pembersihan dan detoks meningkatkan proses semulajadi pengeluaran toksin dari dalam tubuh kita. Organ vital yang menjadi target dalam program pembersihan racun yang efektif adalah usus besar (pengeluaran) dan liver (detoksifikasi).Hampir semua penyakit degeneratif dapat dihubungkan dengan kondisi keracunan dalam saluran usus (intestinal toxemia). Mengapa? Karena setiap jaringan dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, dan darah mendapatkannya dari usus. Setiap zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding-dinding usus. Ertinya, toksin yang berada didalam usus juga akan ikut beredar bersama aliran darah sampai ke sel-sel di seluruh penjuru tubuh kita. Toksin-toksin inilah yang menyumbangkan terjadinya berbagai kondisi penyakit kronik, akut, dan degeneratif. Begitu juga menurunnya tingkat energi dan penuaan

Tuesday 4 February 2014

Hadirnya Cinta Pastinya Duka

Hadirnya Cinta Pastinya Duka

    Bismillahirrahmanirrahim.. Setelah lama daku berkelana di alam maya ini buat daku terpesona akan satu kata-kata "Hadirnya Cinta Pastinya Duka". Mengapakah kata-kata ini seringkali menjadi realiti kehidupan yang pastinya memberi impak terhadap seseorang yang merasai cinta??  Cinta itu datang bagai bayu lembut menyapa hati kita yang sedang dahagakan kasih sayang serta perhatian. Itulah lumrah kehidupan seorang insan yang bernama hamba kepadaNya. Adakah kalian semua menidakkannya?? Tepuklah dada, tanyalah hati anda..

     Sungguh daku bagai terpesona dengan keunikan sesuatu yang bernama cinta. Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Semanis Kurma, "Pasangan serasi adalah pasangan yang pabila berjauhan terasa rindu dan pabila dekat terasa sayang." Walaupun berbeza dunia namun kekuasaanNya luas seluas lautan yang tiada penghujungnya, menyatukan dua hati untuk mencari redha Ilahi serta membentuk satu wadah ke arah pembentukan satu generasi mawaddah warrahmah walmaghfirah dalam institusi kekeluargaan.

     Menyelami perasaan cinta yang terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata terkadang membuatkan kita tidak sedar akan hadirnya luka pada akhirnya. Namun luka itu bukanlah satu penghalang untuk kita terus mencintainya malahan kita akan sentiasa merasakan keunikan cinta dari Ilahi lalu menjadikan suatu luka itu sebagai batu loncatan ke arah mencari mutiara-mutiara yang terdapat didalam luka itu. Hal ini kerana luka yang hadir dari perasaan cinta adalah api dari syaitan. Maka seorang insan yang bijaksana, pabila berhadapan dengan maraknya luka, maka hanya kecerdikannya yang terserlah dalam menangani luka-luka itu. Itulah perbezaan orang yang bijaksana dan orang yang cetek ilmunya.

       Kita juga seringkali menidakkan rahmat cinta saat ianya memberi luka pada diri. Mengapa tidak kita merelakan sahaja luka itu lantaran ianya merupakan satu rahmat dari Ilahi? Sekiranya pemergian itu memberi luka maka ubatilah ia dengan zikrullah serta pendekatan padaNya kerana cinta itu dariNya, hadirnya dan hilangnya dengan kekuasaanNya. Maka dengan itu, untuk memiliki dan melepaskan ia, kita haruslah meletakkan sandaran kita padaNya untuk kebahagiaan kekal abadi.

      Jadi, wahai rakanku sekalian, bangunlah!! Bangunlah dari kesedihanmu. Jangan biarkan luka itu terus menyelubungi anda. Carilah sesuatu cara yang dapat mengembalikan cinta anda kerana dengan cinta, seorang yang biasa menjadi luar biasa. Kerana cinta, seorang yang lemah mendapatkan semangatnya. Kerana cinta kita mengenal Maha Pencipta serta penciptaanNya. Dan akhirnya.. Kerana cinta buat anda kenal diri anda sendiri sepertimana sabda Rasulullah SAW, "Tidak sempurna iman seseorang, apabila dirinya belum dapat mencintai sesamanya sepertimana mencintai dirinya sendiri."