ImaNiAiSyah

Tuesday 19 March 2013

Tangisan Untukmu Sayang

La haula wala quata ila billah.. hanya dengan izin Allah saja yang mampu menjadikan segalanya.. sungguh air mataku tidak dapat tertahan lantaran memikirkan diriku yang serba kekurangan.. adakah daku yang bersalah atau sememangnya daku yang tidak memikirkan setiap tingkah lakuku sehingga menyebabkan dirinya terluka?? Tidak ingin daku melukainya malah tidak terlintas di dalam fikiran daku untuk berbuat sedemikian.. namun,apakan daya.. daku cuma insan yang hanya takut pada sesuatu yang namanya kehilangan.. sedangkan sebenarnya kehilangan itu satu titik permulaan sebuah ujian dari Allah.. namun,daku selalu berdoa dan terus berdoa moga inilah sesuatu perkara yang paling berharga dan paling kusayangi yang kekal bersamaku hingga ke akhirnya.. tiada angin yang mampu membawaku pergi selain dirimu sayang.. tiada kasih selembut bayumu kasihku namun semua itu sudah pastinya tidak melebihi penciptaku.. maka kerana itu hanya padaNya daku bersujud memohon agar dipanjangkan jodoh bersamanya.. moga tangisan ini kau gantikan dengan kebahagianku Ya Allah.. kerana tangisan ini adalah tangisan hambamu yang daif lagi kerdil.. maafkan daku sayang kerana hari ini.. hari ini tangisan ini hanya untukmu.. hanya kerana mengingatimu membuatkan daku menangis.. menangis kerana ingin memberikan yang terbaik yang mampu kuberikan lantaran diri ini kuat kerana doronganmu.. inginku bersamamu sentiasa.. melihat dunia bersamamu mampu membuatkan diriku bahagia walaupun hanya berbekalkan sekeping roti dan air sebotol.. bukan kemewahan mahupun kemanjaan yang daku inginkan tapi daku inginkan dirimu yang mampu mengubah diriku kerana tidak pernah kutemui yang sejujurmu.. walau sakit namun itu suatu kebenaran dan tidak ramai yang mampu menjadi seperti ini.. namun akhirnya daku yang menangis sendiri.. ya Allah.. kuatkan daku. Moga tangisanku menjadi mutiara syurga kelak insyaallah.. tiada kalam seagung kalamMu dan hanya kebenaran yang membawa cahaya..menerangi kegelapan yang selama ini diselaputi kabus hitam..