ImaNiAiSyah

Thursday 13 February 2014

AnDaLuSia.. AKu DaTaNg..


 MaSJiD CoRDoBa Di SePaNYoL


 Pengembaraan di Bumi Sepanyol sungguh mempersonakan. Setiap langkah menuju ke kota sejarawan islam ini menggamit seribu makna dan erti perjuangan para cendekiawan serta para mujahidin Islam yang pernah menakluki empayar kota Sepanyol ini. Kota ini yang pernah melakar sejarah serta melahirkan cendekiawan Islam termasyhur seperti Imam Al-Qurtubi yang amat terkenal serta tidak asing lagi dalam bidang penulisan karya-karya Islam serta Tafsir Al-Quran yang kini diguna pakai oleh institusi-institusi pendidikan Malaysia dan Luar Negara. 


  Melihat sendiri terbinanya Masjid Cordoba atau dalam bahasa Sepanyol 'La-Mezquita of Cordoba' sedikit sebanyak membuatkan kita terpukau akan keindahan seni ukiran yang terdapat pada dinding, tiang seri serta mihrab masjid ini. Malahan suasana di luar kota ini yang sangat mengujakan para pengunjung menjadikan Masjid ini sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke Kota Andalusia ini. 


Masjid yang tersergam indah ini merupakan sebuah masjid yang sangat terkenal pada zaman kegemilangan Umayyah bukan sahaja di Andalusia, bahkan di seluruh Eropah dan merupakan salah satu unsur peradaban Cordoba yang sangat penting kerana masih tetap bertahan hingga sekarang. Namun, sekarang masjid ini dijadikan sebagai katedral atau gereja. Masjid ini mulai dibangunkan oleh Khalifah Abdurrahman ad-Dakhil pada tahun 170 H / 786 M, kemudian diteruskan oleh putranya Hisyam dan khalifah-khalifah selepasnya. Setiap khalifah memberikan sesuatu impak yang baru kepada masjid tersebut, dengan memperluas dan memperindahnya agar menjadi masjid yang paling indah di Cordoba dan masjid terbesar di dunia saat itu. Cordoba pada saat itu juga dikenali sebagai kota ilmu pengetahuan di mana jumlah pengunjung ke perpustakaannya mencapai 400.000 kunjungan sementara perpustakaan-perpustakaan besar di Eropah, jumlah pengunjungnya jarang mencapai angka seribu.

     Pada 15 Disember 1994, Masjid Cordoba ditetapkan oleh UNESCO sebagai salah satu tempat peninggalan yang sangat bersejarah dan penting di dunia. Masjid Cordoba memiliki ruangan untuk solat yang berbentuk panjang yang dikelilingi oleh lapangan terbuka, seperti model masjid-masjid peninggalan Umayyah dan Abbasiah yang dibangun di Syria dan Iraq malahan juga masjid di Madinah dan Mekah.

 




Tiang Seri dengan ukiran yang kemas serta dihiasi dengan lampu malap menaikkan suasana 'curiosity' dan 'authentic' ketika berkunjung ke sana.









Salah satu seni bina yang memukau mata para arkitek dari dalam dan luar negara kerana keunikan ukiran yang sangat teliti mnghiasi segenap dinding Masjid Cordoba.













Dinding serta Mihrab Masjid Cordoba yang masih lagi cantik dengan ukiran kalimah dalam bahasa Arab yang mampu memukau para peminat seni sejarawan Islam untuk mengkaji tentang salah satu binaan yang terpenting dalam sejarah Perkembangan Islam pada Zaman Khalifah.








Tinggalan Artifak Islam di Masjid Cordoba menunjukkan bahawa Islam sudah berabad lama bertapak di bumi Andalusia. Ukiran yang halus lagi tersusun menaikkan 'mode' Islamiah dalam ukiran tersebut







Ruangan Solat yang berbentuk panjang  seakan-akan ruangan solat di Masjid Mekah dan Madinah mampu membuatkan para pencinta Ilahi mengimpikan saat-saat bertandang ke Rumah Allah sebagai tetamuNya..








Pemandangan yang sungguh cantik lagi mempersonakan di luar Masjid Cordoba. Dengan pepohon yang menghijau menyerikan lagi keunikan serta kecantikan Masjid Cordoba ini

















Sesungguhnya pemandangan Masjid Cordoba di bumi Andalusia sangat mengasyikkan serta memukau para pengunjung kerana keunikan seni bina dan menjadi bukti sejarah perkembangan Islam di empayar dunia Eropah. Ini juga membuktkan bahawa Islam juga pernah menakluki dunia Eropah bukan sahaja Andalusia malahan Rome dan sebagainya. Moga info ini mampu membantu anda mengenali kota Cordoba di Andalusia. ^-^

1 comment:

  1. Artikel yang amat menarik..harap dapat kongsi kan lagi pengembaraan imaniaisyah..:)

    ReplyDelete