ImaNiAiSyah

Saturday 27 July 2013

Indahnya kata tanpa bicara

Adakah daku yang menentukan segalanya? Tiada niat untuk menyakiti hati siapapun namun akhirnya dengan hanya mengungkap kenangan silam bisa membuatkan dia sakit bagai dihiris sembilu. Salahkah daku? Ternyatakah ini hanya kesalahanku sahaja? Persoalan ini selalu bermain difikiranku. Mengapa hanya daku yang dipersalahkan? Bukankah kita masing-masing melakukan kesalahan dan manusia tidak lari dari berbuat salah serta silap. Itulah bukti yang menunjukkan awak adalah seorang insan,hamba serta manusia yang serba kekurangan. Hanya mengharap rezeki, kasih sayang serta kemaafan dariNya. Aaaah.. ini bukan kali pertama daku diperlakukan sedemikian. Namun setiap kali ianya berlaku pasti hanya aku yang akan memulakan langkah. Berbincang, memohon maaf, tangisan dalam hatiku bagai lautan yang tiada batasnya kerana menahan sebak didada. Namun aku redha. Mungkin ini salahku jua. Kerana daku seorang insan yang tidak sempurna jadi pasti akan menyakiti orang lain yang menginginkan kesempurnaan dariku. Redha, satu perkataan yang halus maknanya namun sukar untuk dilakukan. Tetapi sekiranya tidak dijadikn kata-kata pegangan maka akan hilanglah ia dari hatimu. Maka wahai insan. Sentiasalah mengingati perkataan yang baik kerana mungkin bukan sekarang anda berubah tapi pasti masanya akan tiba. Semuanya biiznillah. Usah persoalkan bila dan ketika kerana itu semua adalah dariNya. Ya.. Redha.. Hanya itu yang mampu daku lakukan. Maafkan daku sekiranya kata-kata ini menyakitkan hatimu. Tiada niat untuk berbuat sedemikian. Namun satu yang kupinta. Janganlah sesekali berbuat kesimpulan secara melulu berdasarkan kata-kata ini tanpa selidik kerana kata-kata yang diambil tanpa selidik bukanlah dari perbuatan orang berilmu.. maafkanlah daku wahai dunia. Mungkinkah perlu untukku berdiam diri sahaja dari berkata-kata sekiranya banyak hati yang akan terluka? Sesungguhnya kata-kata yang indah itu pastinya ada.. bagaimana? Jawapannya adalah pada diri anda semua kerana kita lah yang mencorakkan masa depan kita. Janganlah sesekali menyalahkan dunia atau sesiapa sahaja namun muhasabahlah diri ini agar sama-sama mendapat manfaat darinya..

No comments:

Post a Comment