ImaNiAiSyah

Saturday 8 March 2014

JUBAH DARI TANAH SUCI

JUBAH DARI TANAH SUCI

Alhamdulillah.. Hari ini daku dibayangi keindahan hari semalam. Sungguh daku tersangat gembira tatkala menerima jubah yang sangat cantik dan elegan untuk digayakan malahan menyerlahkan diriku yang feminin, simple, cantik dan menarik sebagai seorang muslimah. Subhanallah.. hanya kata-kata indah meniti dibibirku tatkala melihat hadiah darimu. Kedatanganmu yang tidak kusangka-sangka memberikan daku satu perasaan yang tak mampu untuk kulukis walaupun sedikit kerana ianya merupakan satu kegembiraan yang tersangat besar maknanya dalam hidupku. Walau hanya seketika, namun setiap kali bersamamu perasaan ini makin mendalam malahan ianya bagai satu rangkaian episod yang tampak berbeza dan memberikan impak yang cukup luar biasa yang tak mampu kurungkaikan hanya dengan ucapan cinta.. Hanya doa yang menjadikan aku kuat bersamamu.. Menanti dan terus menanti saat itu.. Ya Allah, terima kasih kerana memberikan hambaMu satu anugerah yang tidak terhingga.. Anugerah itu ialah Cinta Hatiku.. Tanpa cinta.. Daku tidak akan mengenaliMu.. Tanpa cinta.. Daku takkan merasakan kekuatan untuk mengharungi ujianMu.. Tanpa cinta.. Daku tidak akan merasakan kebahagiaan.. Sesungguhnya Cinta itu sungguh agung.. dan kehadirannya adalah peringatan yang senyap dariNya untuk para insan cintavista.. kerana ianya mengingatkan bahawa.. Allah tidak pernah meninggalkanmu seorang diri.. Maka, datangnya dia memberi harapan, kasih sayang, semangat dan juga mampu menjadi seorang insan yang sangat terpenting dalam hidupmu.. Dialah kawan.. Dialah teman.. Dialah tempat luahan.. Dialah pengarang hati.. Dialah murabbi.. Dialah syurgamu.. Jadi.. Raikanla cinta dengan rahmatNya.. Jagalah ia dengan sebaiknya.. Hargaila dia bukan kerana apa yang ada pada dirinya tapi kerana kasih sayangnya pada kita.. Daku sayang kamu.. Alhamdulillah..

Terima kasih cinta,
Untuk segalanya,
Kau berikan daku,
Cintamu Selalu..

Walau sebentar saja,
Namun kubahagia,
Kuharapkan kamu,
Hanya milikku..





No comments:

Post a Comment