ImaNiAiSyah

Thursday 28 February 2013

You break my heart

Bismillahirrahmanirrahim...

Maha suci Allah, tuhan sekalian alam.. Yang memiliki segalanya baik dilangit mahupun dibumi.. Sungguh hanya padaMu daku memohon agar diberi kekuatan dalam menempuhi dugaan ini.. Memang benar.. Sesungguhnya tiada pendengar sebaikMu.. Malahan seagungMu.. Sungguh daku tersentap dengan kata-kata hari ini.. Sudah cukup untuk membuatkan daku sedar bahawa tidak semua yang ikhlas berkawan dan tidak semua sudi berkongsi suka dan duka bersama.. Sungguh hatiku menangis namu hanya tangisan didalam hati yang mampu kerana janjiku padamu.. Subhanallah.. Lafaz tasbih kulafazkan sudah cukup membuatkan daku  tahu betapa hanya Kau Ya Allah, tempay daku berlindung, mengadu, memohon perlindungan serta syafaat.. Dan hanya padaMu daku datang dan padaMu jua daku kembali.. Cerita serta luahanku bukanlah untuk menagih simpati atau sebagainya namun daku hanya perlukan pendengar setia.. Mendengar cerita pahitku.. Namun akhirnya daku tersedar dari mimpiku sendiri.. Rupanya luahanku hanya bahan ketawa dan bukan dijadikan sebagai batu ukur persahabatan kita.. Daku cuma ingin percaya wujudnya sahabat atau teman sebagai pendengar setia namun harapanku musnah.. Kini, yang daku percaya cuma diriku.. Ya, aku ingin kembali menjadi sepi, sepi tanpa cerita.. Sepi tanpa luahan.. Sepi yang hanya aku sahaja yang merasainya dan akan kupendam segalanya didalam hati kerana tiada insan yang daku percaya lagi untuk membantu memberi penawar hati selainMu.. Benar daku perlu belajar erti keikhlasan sebenar.. Iaitu meletakkan 100% kepercayaan padaMu Ya Allah.. Dan bukannya ada insan yang hanya sebahagian makhluk ciptaanMu.. Ya Allah.. Sampaikan salamku pada keluargaku yang jauh disana.. Sampaikan salamku pada yang tersayang.. Moga mereka bahagia dan sentiasa dirahmatiMu serta dipermudahkan segala urusan.. Ya Allah.. Tuntunlah daku menujuMu kerana daku terluka lagi kerana seorang yang bergelar insan.. Daku takut luka ini akan membuatkan daku semakin ingin hidup berseorangan tanpa insan lain.. Membuatkan daku hilang kepercayaan pada mereka.. Ya Allah.. Bantulah daku.. Bimbinglah daku ke jalan yang benar.. Berilah hidayahMu, sakinahMu, ketenangan hati dalam menuju cintaMu serta redhaMu.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..


No comments:

Post a Comment