ImaNiAiSyah

Thursday 14 February 2013

Indahnya ilmu bersama dirimu..

Tatkala fajar menyinsing, daku terleka sebentar sambil tanganku membuka lembaran alquran.. Satu persatu ayat kubaca, kufahami maknanya, dan kuambil sebagai panduan hidup.. Tidak lengkap seorang insan tanpa panduan hidupnya yang sudah pastinya Kalamullah yang sangat agung. Dengan hanya memdengar ayatnya sahaja sudah bisa membuatkn seseorang menangis, inikan lagi diriku yang serba kekurangan dan hanya bergantung padaMu Ya Allah.. Sungguh daku tidak berdaya tanpaMu.. Sungguh daku tidak mampu melalui segala ujian tanpaMu.. Alhamdulillah.. Daku bersyukur kerana kau datangkan padaku seseorang yang mampu membuatkan daku terus mengingatiMu.. Mendengar ilmu darinya cukup indah.. Oh! Saat itu tersangatlah bermakna buatku.. Sudah cukup membuatku terpana seketika.. Subhanallah.. Perwatakan yang bersahaja namun penuh dengan kebaikan dan kelembutan padanya.. Itulah keberkatan asuhan ibubapa yang mencorakkan anak-anak yang berjaya dunia akhirat.. Amin.. Moga harimu akan dirahmati Allah.. Moga ilmu-ilmu yang bermanfaat akan senantiasa bersamamu dan menjadikan dirimu seorang yang berilmu serta berwawasan tinggi.. Ya Allah, lapangkanlah bagi kami rezekimu yang bermanfaat, halal, dan diredaiMu.. Wahai tuhan yang Maha melihat lagi Maha Mendengar.. Kau ampunilah kami dan tunjukkan jalan keluar bagi setiap permasalahan kami.. Amin, Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment