ImaNiAiSyah

Sunday 15 December 2013

Ombak Di Lautan Biru

Subhanallah.. hanya dengan nama Allah saja yg dapat menenangkan hati yang sedang bergolak bagai tsunami yang melanda kota metropolitan Jepun.. memberi kesan yang sangat mendalam dalam diri individu yang merasainya.. begitu jugalah diriku yang serba kerdil ini.. melayari bahtera di lautan yang bergelora dengan dentuman kilat yang menjadi muzik lautan.. ombak yang memukul bahteraku tersangatlah kuat namun kukuatkan semangat untuk menghadapinya dengan bijak dan tenang.. hanya padamu Ya Allah.. tempat daku mengadu..  sungguh air mata ini sentiasa menghiasi kolam hatiku dan membuatkan daku seperti orang yang lemas dalam lautan biru.. namun, cahayaMu tersangatlah samar pada mulanya sehingga daku makin hanyut dibawa arus deras.. kuteruskan mencari dan terus berharap agar esok adalah hari kebahagiaan untukku.. moga esok daku akan tetap bersama dengan orang yang kusayangi.. moga daku sentiasa mendapat cahaya petunjuk dariNya kerana tanpaMu tiadalah hambaMu yang kerdil lagi hina ini.. kata-kata yang seringkali kudengari.. diamlah walaupun sebenarnya kau tahu tentangnya sentiasa bermain di fikiranku.. senyumlah walau seribu manusia membencimu.. kerana masih ada yang menyayangimu.. cubalah untuk pandang ke hadapan, bukanlah menoleh ke belakang.. kerana dirimu tersangatlah berharga.. hayatilah harga diri yang dikurniakan Allah kepadamu.. kau berhak mendapatkan yang lebih baik dari itu.. In sha Allah.. smile my princess.. life will be better tomorrow


No comments:

Post a Comment