ImaNiAiSyah

Tuesday 14 January 2014

Destinasi Terakhir

Ya Allah.. tidak mampu untukku bersuara.. bertanyakan mengapa ianya terjadi? Adakah kekuranganku yang membuatkanmu hilang tanpa bicara? Atau sudah tiada gembira meniti hari kelak bersama?  Hanya tangisan yang mengalir.. menjadi teman bicara tanpa suara.. menjadi penawar bertemu tuhan yang Maha Esa.. adakah ini ujian yang seringkali bertamu dalam perhubungan? Subhanallah.. hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa kerdilnya diri ini tatkala melihat dirimu disana. Tiada dendam.. amarah.. yang kurasa hanyalah air mata keinsafan.. ya Allah.. bantulah daku untuk kuhadapi hari-hari kelak bersamamu.. hanya kau ya Allah tempat aku mengadu.. tempat aku berserah diri.. hanya padamu dakapanku menjadi satu mutiara.. hanya padamu segalanya jadi tenang bgai daku diberi satu semangat semula.. untuk bangun dari kesedihan yang sentiasa datang.. datangnya membawa satu peringatan.. peringatan untuk daku kembali padaNya..  aku redha atas segalanya.. yang mampu daku lakukan hanyalah berdoa.. moga diberi ketenangan dalam menghadapi semua ini.. kerana daku seorang insan.. kau juga seorang insan.. sentiasa melakulan kesilapan.. hanya dengan mengingati tuhanMu membuat kita pulang ke jalanNya.. kesatkan air matamu wahai srikandi.. kerana dihadapanmu menanti sebuah episod baru.. tidak kau tahu akan ujian yang menanti.. hanya Allah sj yang menjadi pendamping dihati.. tenangkan hatimu.. sesungguhnya kau dan dia akan bersatu.. sekiranya Allah menjanjikan padamu.. bahawa dia adalah destinasi terakhirmu..

No comments:

Post a Comment