ImaNiAiSyah

Sunday 27 January 2013

Nota Cinta

Sungguh aku tewas.. Tewas pada panahan asmaramu.. Pandangan pertama kusimpan sampai hari ini.. Bangunan Ghazali menjadi saksi pertemuan kita.. Ketika itu, tidakku menyangka kau akan seperti itu.. Daku mengenalimu melalui seorang kawan.. Permulaanya sungguh tragis kerana sudah tiga kali daku mengambil nombor telefon bimbitmu namun ketiga-tiganya hilang entah kemana. Dan akhirnya percubaan kali keempat baru kuberjaya menyimpan nombormu. Hatiku mula terdetik.. Betapa susahnya untuk menghubungimu.. Tpi akhirnya kita berjumpa seperti yang dijanjikan.. Terpana daku seketika melihatmu.. Berbicara dengan penuh nada bersahaja namun masih terlihat akan dirimu yang sebenarnya romantica de amour.. Hatiku terhibur melihat dirimu namun kupendamkan sahaja perasaan ingin mengenalimu.. Mungkin kerana pesanan kakakku terngiang-ngiang ditelinga.. "Jangan sesekali berhubungan dengan senior!" Kerana kisah silamnya membuatkan dia tidak ingin melihat diriku menjadi sepertinya.. Lalu,kubiarkan sahaja hati ini menyepi.. Kalimah pertama yang kau ucapkan padaku masih segar dalam ingatan. "Hmmm...Nak saya tolong angkatkan barang?" walaupun bersahaja namun mampu mengetarkn jiwaku lantas membuatkan daku terpaksa menolak pertolonganmu. Daku sebenarnya takut! Takut sekiranya pertolongan itu membuatkn daku terpaku sendirian sambil mata ini hanya tercantap melihat dirimu.. Membayangkan adakah dirimu juga merasakan apa yang kurasakan pada saat itu.. Dengan suara yang tegas daku menjawab, "Tak pe, saya boleh angkat sendiri." Daku mengeluh geram kerana jawapanku sungguh menghampakan diriku.. Dengan perlahan akhirnya kau tinggalkan daku sendirian lalu pulang ke kereta kerana waktu itu kau tidak berapa sihat.. Melihat kau pergi membuatkan daku jadi serba salah lantas daku menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbitmu.. Ingin sahaja kuucapkan kata cinta pada ketika itu namun kerana teringat akan kata-kata kakakku maka hanya pertanyaan khabar yang dititipkan buatmu.. Oh sayangku, ini hanya permulaan perkenalan kita namun siapa dapat menyangka ianya akan kekal sehingga hari ini.. Namun, hanya satu perkara yang ingin kusampaikan.. Terima kasih sudi hadir dalam hidupku.. Thanks my love.. You're the one, first and last in my heart.. I always wanna be with you..

No comments:

Post a Comment