ImaNiAiSyah

Tuesday 4 February 2014

Hadirnya Cinta Pastinya Duka

Hadirnya Cinta Pastinya Duka

    Bismillahirrahmanirrahim.. Setelah lama daku berkelana di alam maya ini buat daku terpesona akan satu kata-kata "Hadirnya Cinta Pastinya Duka". Mengapakah kata-kata ini seringkali menjadi realiti kehidupan yang pastinya memberi impak terhadap seseorang yang merasai cinta??  Cinta itu datang bagai bayu lembut menyapa hati kita yang sedang dahagakan kasih sayang serta perhatian. Itulah lumrah kehidupan seorang insan yang bernama hamba kepadaNya. Adakah kalian semua menidakkannya?? Tepuklah dada, tanyalah hati anda..

     Sungguh daku bagai terpesona dengan keunikan sesuatu yang bernama cinta. Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Semanis Kurma, "Pasangan serasi adalah pasangan yang pabila berjauhan terasa rindu dan pabila dekat terasa sayang." Walaupun berbeza dunia namun kekuasaanNya luas seluas lautan yang tiada penghujungnya, menyatukan dua hati untuk mencari redha Ilahi serta membentuk satu wadah ke arah pembentukan satu generasi mawaddah warrahmah walmaghfirah dalam institusi kekeluargaan.

     Menyelami perasaan cinta yang terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata terkadang membuatkan kita tidak sedar akan hadirnya luka pada akhirnya. Namun luka itu bukanlah satu penghalang untuk kita terus mencintainya malahan kita akan sentiasa merasakan keunikan cinta dari Ilahi lalu menjadikan suatu luka itu sebagai batu loncatan ke arah mencari mutiara-mutiara yang terdapat didalam luka itu. Hal ini kerana luka yang hadir dari perasaan cinta adalah api dari syaitan. Maka seorang insan yang bijaksana, pabila berhadapan dengan maraknya luka, maka hanya kecerdikannya yang terserlah dalam menangani luka-luka itu. Itulah perbezaan orang yang bijaksana dan orang yang cetek ilmunya.

       Kita juga seringkali menidakkan rahmat cinta saat ianya memberi luka pada diri. Mengapa tidak kita merelakan sahaja luka itu lantaran ianya merupakan satu rahmat dari Ilahi? Sekiranya pemergian itu memberi luka maka ubatilah ia dengan zikrullah serta pendekatan padaNya kerana cinta itu dariNya, hadirnya dan hilangnya dengan kekuasaanNya. Maka dengan itu, untuk memiliki dan melepaskan ia, kita haruslah meletakkan sandaran kita padaNya untuk kebahagiaan kekal abadi.

      Jadi, wahai rakanku sekalian, bangunlah!! Bangunlah dari kesedihanmu. Jangan biarkan luka itu terus menyelubungi anda. Carilah sesuatu cara yang dapat mengembalikan cinta anda kerana dengan cinta, seorang yang biasa menjadi luar biasa. Kerana cinta, seorang yang lemah mendapatkan semangatnya. Kerana cinta kita mengenal Maha Pencipta serta penciptaanNya. Dan akhirnya.. Kerana cinta buat anda kenal diri anda sendiri sepertimana sabda Rasulullah SAW, "Tidak sempurna iman seseorang, apabila dirinya belum dapat mencintai sesamanya sepertimana mencintai dirinya sendiri."

No comments:

Post a Comment