ImaNiAiSyah

Friday 14 February 2014

CiTy Of LoVe RoMe ITaLY


JouRNeY To RoMe

   
  Rome merupakan sebuah kota cinta bagi para cintavista kerana kesinambungan kisah cinta romeo dan juliet yang menjadi idaman para pasangan kekasih. Bandar yang menjadi salah satu bandar tertua di dunia yang masih lagi mengekalkan keindahan seni bina yang unik dan memukau pandangan para pengunjung. 



      Melihat keindahan serta kehijauan daunan yang menghiasi kota Rome ini pastinya membuatkan anda terpegun dan ingin kembali semula ke Kota Cinta atau 'City Of Love' ini. Kota yang sangat sibuk dengan pengunjung dari seluruh dunia ini bukan sahaja menjadi dambaan dan impian setiap pasangan samada ingin  melangsungkan hari bahagia atau merealisasikan percutian bulan madu anda kerana Kota Rome ini memberikan satu kenikmatan perjalanan berdua bagi setiap pasangan disamping memberikan anda dan pasangan anda pengalaman untuk mempelajari sejarah, budaya serta menikmati pemandangan Kota Rome ini. Dengan panorama Kota Rome ini saja sudah cukup membuatkan anda dan pasangan anda semakin intim. Maka tidak dapat dinafikan lagi Kota Rome ini merupakan Kota Cinta atau 'City of Love' yang mampu menghangatkan lagi cinta asmara bagi pasangan yang hangat bercinta. 

       Antara destinasi yang harus anda lawati ialah :-

1. Via Marsala
2. Santa Maria Maggiore
3. Colloseo
4. Circo Massimo
5. Piazza Venezia
6. Vatticano
7. Piazza Augusto Imperatore
8. Via Ludovini
9. Piazza Berberini





Sungguh cantik mempersona apabila melihat langit
biru yang menghiasi kota Rome. Dengan seni bina klasik european yang begitu terperinci memberi inspirasi buat penggemar seni terutamanya para arkitek seluruh dunia

















Kota Rome atau 'City Of Love'  yang menjadi impian pasangan yang hangat bercinta untuk bermadu asmara dan merasai pengalaman bersama pasangan anda






























 

Pemandangan panorama malam di Kota Rome pastinya memberi satu detik paling bahagia untuk anda dan pasangan anda serta dapat mengintimkan lagi hubungan anda berdua

Begitulah pengalaman Imani Aisyah mengembara ke bumi Eropah di Italy. Hopefully bingkisan ini dapat membantu cintavista Kota Cinta ini untuk mendapatkan info-info menarik serta dapat merancang perjalanan anda sebelum berkunjung ke 'City of Love' bersama pasangan anda.. ^-^

No comments:

Post a Comment