ImaNiAiSyah

Sunday 13 January 2013

Hatiku menangis lagi...

Tidak kutahu apa salahku?? Salahkah daku?? Kenapa harus air mata ini mengalir lagi?? Mengapa tiada kenangan yang indah menjelma dan membawa semua kenangan pahit serta tangisan ini pergi?? Mengapa daku menangis lagi?? Mengapa?? Mungkin salahku.. Tidak tahu menenangkanmu tatkala dirimu resah.. Tidak tahu apakah bait kata yang harus diucapkan untuk membuatkan dirimu tersenyum semula.. Yang pasti, daku akan terdiam.. Diam kerana takut bait kata selepas ini mungkin bukanlah menenangkanmu malahan mengguris jiwa dan perasaanmu.. Maafkan diriku yang serba kekurangan.. Kerana hidupku tidak pernah berteman, daku tidak tahu cara memujuk melainkan pujukan untuk adik-adikku.. Kerana hidupku cuma ada aku, keluargaku serta buku.. Itu yang menyebabkan daku senantiasa bersendirian.. Tiada teman bergurau.. Tiada teman bercerita.. Tiada teman berkongsi rasa.. Kerana itu semuanya disimpan sebagai rahsia diri.. Cukuplah kenangan zaman kecilku mengguris hati, kenangan zaman remajaku membawa sepi.. Daku tidak tahu apa itu berkongsi sayang walaupun diri ini puas mencuba untuk berkongsi sesuatu dengan semua namun akhirnya diri ini yang terseksa.. Yang pasti.. Daku akan terus tersenyum dan menjadi orang yang paling bahagia dihadapan mereka walaupun diri ini sengsara.. Daku akan cuba sedaya upaya membuatkan mereka senang bersamaku.. Tapi.. Hatiku menangis lagi.. Bukan kerana mereka tapi kerana diriku.. Bilakah kau akan datang padaku dan membawa kedukaan hatiku pergi?? Sampai bilakah harus daku bertahan seperti ini?? Ingin sahaja kuceritakan semua pada ibubapaku namun ini bukan membantu malah membuatkan mereka resah.. Daku tidak mahu melihat semua itu.. Cukuplah segala yang mereka lalui.. Dan pada ketika ini, akhirnya daku bersendirian.. Ya, bersendirian bersama tangisan.. Bukan kerana daku lemah.. Tapi kerana ingin mencari kekuatan untuk meneruskan hidupku yang sentiasa diuji.. Wahai sayangku.. Maafkan daku kerana tidak dapat mengotakan janji.. Hari ini, tangisanku mengalir lagi.. Maafkan diriku.. Sayang..

No comments:

Post a Comment