ImaNiAiSyah

Sunday 13 January 2013

Naluri jiwa seorang yang bergelar hambaNya

Astaghfirullahalazim... Maha suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. Selembarnya tikar sejadah dihamparkan daku terduduk sayu.. Mengapakah kekosongan hati ini meruntun kembali?? Apakah yang terjadi sehinggakan ianya muncul semula?? Sepertinye daku telah melupakanNya namun saban hari daku berdoa memohon tarbiyahNya.. Ya Allah, daku redha air mata ini mengalir lagi.. Kerana ketika itu daku merasakan cintaMu yang sangat agung.. Kuredha juga menerima ujianMu namun janganlah Kau biarkan daku terkapai mencari arah destinasi kerana destinasiku hanya untukMu.. Ya Allah, ampunilah daku.. Ampunilah segala dosaku.. Pasanganku.. Ibu bapaku.. Keluargaku.. Sahabat serta rakanku.. Seluruh umat Islam.. Jangan biarkan kami tanpa hidayahMu.. Daku takut menjalani hari-hari mendatang tanpaMu.. Takut.. Takut.. Takut.. Ya Allah.. Rawatlah jiwaku ini.. Bantulah hati ini yang selalu resah memikirkan masa akan datang.. Tunjukkan jalanMu agar daku berasa yakin untuk menempuhinya.. Datangkan dia untukku supaya daku sentiasa kuat.. Mungkin kerana harapan terlalu tinggi lalu banyak hal yang daku fikirkan sebelum memulakan langkah.. Ya Allah, sambutlah daku sekiranya daku terjatuh kerana tiada pertolongan terbaik selainNya.. Ya Allah.. Bagaimanakah masa depanku nanti?? Adakah perkara yang daku ingin lakukan dapat dilaksanakan?? Hatiku bercelaru.. Hatiku sakit.. Hatiku meruntun pilu & sayu.. Hatiku perlukanMu.. Perlukan seseorang untuk mendengar.. Memberi kekuatan serta nasihat.. Terlintas jua pada dia disana namun kekangan menjelma membuatkan daku akhirnya memilihMu untuk bercerita.. Berkongsi.. Ya Allah.. Ku bersyukur padaMu kerana hadirnya dia keranaMu.. Walau jauh namun kata-katanya kujadikan penguat semangat untuk menjalani hari-hari mendatang.. Syukur juga kerana ujian ini mendekatkan daku denganMu serta dia.. Terima kasih juga kerana hadirkan dia.. Tidak bisa untukku mencari pengganti kerana hanya kau yang bertakhta dihati

No comments:

Post a Comment