ImaNiAiSyah

Friday 11 January 2013

There's no reason for love

Pernahkah anda menyangka orang yang selama ini tidak pernah bercinta boleh bercinta?? Pernahkah anda menyangka bahawa pasangan anda adalah pilihan anda?? Pernahkah anda menyangka tatkala anda sering berselisih pendapat dengannya namun ada satu bingkisan cinta menular dalam diri anda?? Subhanallah.. Itulah kuasa cinta dari Yang Maha Esa.. Sungguhpun luar biasa bagi kita sangatlah bisa bagiNya.. Yes!! There's no reason for love!! Hati ini sangatlah suci dan merupakan organ dalaman yang sangat penting bagi manusia tambahan sebagai insan yang bergelar hambaNya. Hal ini kerana disitulah letaknya satu elemen yang bernama 'iman'. "Iman adalah mutiara, didalam hati manusia.. Yang meyakini, Allah.. Maha Esa, Maha Kuasa.." Ternyata lirik lagu dari kumpulan Raihan sangatlah memberi makna yang besar sekiranya dihayati bait-bait katanya.. Oleh itu, sebagai insan kita tidak akan lari dari yang namanya 'cinta' kerana ianya satu naluri semulajadi dalam diri kita. Kerana itu, pabila hati sudah mula terdetik kita tidak dapat menghentikannya atau menafikannya melainkan membiarkan serta menjaga cinta itu dengan sebaik mungkin. Makanya, perlukah lagi sebab untuk bercinta pabila hati yang tulus ini luluh kerana dia?? Who?? How?? When?? Where?? Why?? Semua persoalan itu pasti akan ditanya sekiranya kita menyatakan perasaan kita namun salahkah kita sekiranya cinta ini datang tanpa sebarang sebab musabab yang munasabah?? Yang pasti, daku percaya sekiranya dia adalah pilihanNya maka dia pasti milikku.. Kerana itu, daku sentiasa menunggu.. Tetap menunggu hanya dikau sayangku.. Kerana tiada sebab untukku mencintaimu sedangkan dirimu adalah anugerah dariNya buatku. Sesungguhnya daku sangat gembira menjalani hari-hari mendatang bersamamu kerana disitu terukir kisah-kisah indah antara kita.. Kerana dirimu begitu berharga, daku takut kehilanganmu.. Maka hanya doa kupohon moga dirimu senantiasa bersamaku.. Menjadi imamku.. Membimbingku.. Menasihatiku.. Menghiburkan hatiku.. Kaulah sahabat.. Kaulah teman hidup.. Kaulah kekasih hatiku.. Dulu, kini dan insyaallah selamanya.. <3

No comments:

Post a Comment